Merupakan syarikat milik penuh FELCRA Berhad dengan pemprosesan kelapa sawit dan pemasaran minyak sawit mentah sebagai teras utama perniagaan syarikat. Ditubuhkan pada 15 November 1975 di bawah Akta Syarikat 1964 sebagai sebuah Syarikat Sendirian Berhad dengan nama asal Syarikat Pertanian Kilang Kelapa Sawit Sdn Bhd.
Diambilalih oleh FELCRA Berhad pada 13 Ogos 1999 dan pada 7 Februari 2002 syarikat telah menukar nama kepada FELCRA Processing & Engineering Sdn Bhd. Mengembangkan aktiviti perniagaan dengan menceburi bidang perkhidmatan kejuruteraan dan bekalan malah pengangkutan dan sewaan yang berkaitan dengan industri sawit.